Sebar benda provokatif, 3R, MCMC akan bertindak

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan amaran bahawa ia akan bertindak di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sekiranya ada pihak yang mengambil kesempatan dari kontroversi logo kasut yang mirip degnan kalimah Allah.

“MCMC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sekiranya ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadap isu tersebut dan membuat hantaran atau meninggalkan komen melampaui batas yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.

“Orang ramai diingatkan agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan media sosial yang menyentuh sensitiviti 3R sebaliknya laporkan kepada MCMC atau PDRM untuk tindakan selanjutnya.

MCMC turut meminta semua pihak memberi ruang kepada Jakim dan pihak berkuasa menyiasat dakwaan tersebut.

Jakim dijadualkan menyoal syarikat Verns yang mempunyai logo yang dikatakan mirip kalimah Allah hari ini.

Syarikat Verns juga telah memberikan penjelasan berkenaan perkara ini semalam.

BACA JUGA: Tiada niat perlekeh agama, kata syarikat pengeluar kasut tumit tinggi Verns
Logo kasut mirip kalimah Allah: Jakim akan siasat