Malaysia, Pakistan teroka ruang perhebat hubungan perdagangan, pelaburan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Malaysia dan Pakistan senada dalam memperhebatkan hubungan perdagangan dan pelaburan.

“Menerusi perbualan telefon tersebut, kami senada mahu meneroka ruang untuk memperhebatkan hubungan Malaysia-Pakistan terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

“Saya juga menyambut baik cadangan PM Shehbaz bagi mengeksport daging halal dari Pakistan ke Malaysia,” kata beliau.

Anwar telah menerima panggilan telefon Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif semalam.

Isu dunia turut dibincangkan oleh kedua-dua tokoh pemimpin ini.

“Selain itu, kami turut membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa termasuk situasi di Gaza dan Afghanistan.

“PM Shehbaz juga memuji pendirian Malaysia terkait permasalahan di Palestin.”

BACA JUGA: De Fam terkejut Alamak Raya Lagi tular ke luar negara, lagu tahun 2022