Indonesia nafi adakan hubungan dengan Israel

Kementerian Luar Indonesia telah menafikan laporan bahawa Jakarta akan memulakan hubungan diplomatik dengan Israel untuk memperoleh keahlian ke dalam pertubuhan Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD).

Jakarta Globe melaporkan pembetulan laporan yang dibuat oleh wakil Kementerian Luar, Lalu Muhamad Iqbal.

“Tiada rancangan untuk memulakan hubungan diplomatik dengan Israel, terutamanya dalam keadaan Israel kjam di Gaza.

“Pendirian Indonesia tidak berubah dan kita tetap dengan pendirian menyokong kemerdekaan Palestin di dalam kerangka penyelesaian dua negara,” kata Lalu.

Semalam pelbagai media Israel melaporkan bahawa Jakarta mahu memulakan hubungan diplomatik dengan negara tersebut.

Laporan tersebut memetik pelbagai sumber yang mengatakan bahawa kedua-kedua negara sedang berbincang mengenai perkara ini selama beberapa bulan.

BACA JUGA: Kes warga Israel: Tak mengaku salah, tak dibenar ikat jamin

Ini adalah kali kedua Indonesia terpaksa menafikan laporan media Israel berkenan rancangan menormalisasi hubungan dengan Israel.

Pada bulan lalu, pembantu Presiden Joko Widodo menolak spekulasi laporan tersebut atas alasan bahawa maklumat tersebut adalah salah