Lampu isyarat keempat?
Umum mengetahui lampu isyarat trafik ada tiga warna.
Hijau, jalan. Kuning, sedia untuk berhenti dan merah, berhenti.
Para pengkaji di North Carolina State University, Amerika Syarikat bercadang memperkenalkan satu lagi lampu isuarat yang boleh memperkemaskan lagi aliran trafik terutamanya di persimpangan.
Menurut mereka ia akan mengurangkan waktu menunggu dan berfaedah untuk semua jenis kenderaan termasuk kenderaan yang bergerak sendiri atau self driving vehicle.
Para pengkaji merujuk kepada warna lampu trafik keempat ini sebagai fasa putih di mana kederaan yang bergerak sendiri boleh berkomunikasi antara satu sama lain.
Sistem akan mengaktifkan fasa putih sekiranya terdapat banyak kenderaan yang bergerak sendiri di satu-satu persimpangan.
Sekiranya kebanyakan kenderaan dipandu manusia, lampu isyarat akan kekal dengan tiga warna.
BACA JUGA: Sawah SBB ala Sekinchan dilancarkan di Pasir Puteh pula
Â