Tamrin akan disiasat pada 16 Apr

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba, Datuk Tamrin akan disiasat pada 16 April berhubung tulisan blog beliau bertajuk ’10 tahun lagi DAP akan jadi Tuan’.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Terdahulu, Tamrin telah mengesahkan maklumat bahawa beliau akan tampil ke Bukit Aman pukul 10.30 pagi untuk dirakam keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Bukit Aman Selasa depan.

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam itu telah menerima panggilan telefon daripada pihak polis berhubung siasatan membabitkan catatan pada 4 April itu.

BACA JUGA: Sawah SBB ala Sekinchan dilancarkan di Pasir Puteh pula