Agong tekankan keharmonian, kesatuan dalam ucapan Vaisakhi, Tahun Baharu Tamil

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Vaisakhi dan Tahun Baharu Tamil kepada semua masyarakat Sikh dan Tamil menerusi akaun Facebook baginda.

“Sebagaimana saya menegaskan sebelum ini perpaduan berbilang kaum adalah hadiah yang paling bermakna buat saya.

“Keharmonian dan semangat bersatu-padu dalam kalangan rakyat tanpa mengira agama atau bangsa amat penting untuk kestabilan negara.

“Moga tahun ini akan terus membawa kegembiraan kepada mereka yang meraikannya,” titah Sultan Ibrahim.

Vaisakhi ialah Tahun Baru Sikh dirayakan hari ini manakala masyarakat Tamil merayakan Tahun Baru esok.