Azmin Ali rupanya pernah jadi cikgu matematik, ini kerja 8 pemimpin paling kontroversi sebelum masuk politik

Pernahkah anda terfikir apa yang dilakukan oleh ahli-ahli politik sebelum mereka menceburi bidang politik Malaysia yang penuh dengan liku-liku ini?

Berikut kami kongsikan 8 ahli politik paling kontroversi dan pekerjaan mereka.

1. Datuk Seri Najib Razak

Selepas tamat pengajian dari Universiti Nottingham di England dengan ijazah sarjana muda industri ekonomi, Najib telah pulang ke Malaysia pada tahun 1974. Beliau berkhidmat sementara di Bank Negara dan selepas itu beliau bekerja untuk Petronas sebagai Pengurus Hal Ehwal Awam.

Bagaimanapun, penglibatan Najib dalam dunia koporat tidak kekal lama. Selepas kematian ayahnya Tun Abdul Razak pada tahun 1976, beliau telah dipilih untuk menggantikan kekosongan kerusi Parlimen yang di tinggalkan oleh ayahnya. Beliau menang pemilihan tersebut dan menjadi Ahli Parlimen pada usia yang muda iaitu 23 tahun.

2. Tun Dr Mahathir Mohamad

Pada zaman kanak-kanak, Tun pernah menjual kopi, goreng pisang kerana sekolah ditutup semasa pendudukan tentera Jepun di Malaya masa perang dunia ke-2.

Beliau kemudian meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura, dimana beliau berjumpa dengan bakal isteri beliau Siti Hasmah Mohammad Ali. Beliau juga pernah berkhidmat dalam kerajaan sebagai doktor. Pada tahun 1957, beliau telah pulang ke Alor Setar untuk mula melabur dalam pelbagai bisnes.

3. Datuk Seri Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim, pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Perdana Menteri Malaysia ini telah aktif dalam politik semenjak bergelar pelajar lagi. Sebagai pelajar Universiti Malaya, Anwar merupakan President of the National Union of Malaysian Muslim Students (1968 – 1971).

Pada tahun 1974, Anwar telah ditangkap semasa protes pelajar yang menentang kemiskinan luar bandar di Baling, Kedah. Beliau telah di penjarakan di bawah Internal Security Act (ISA) selama 20 bulan di Pusat Tahanan Kamunting.

Selepas dibebaskan, beliau telah dipilih untuk mewakilkan Asia Pacific untuk Perhimpunan Remaja Muslim Sedunia (1975 – 1982). Beliau secara rasminya memulakan kariernya dalam kerajaan semasa bersama Umno pada tahun 1982 yang kemudiannya diketuai oleh Tun Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981.

4. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Sebelum menceburi bidang politik, Ahmad Zahid merupakan banker untuk OCBC dan juga berkhidmat sebagai salah seorang pengarah Bank Simpanan Nasional (1995 to 1998) dan Permodalan Nasional Berhad.

Beliau juga pernah menjadi eksekutif pemasaran untuk Amanah Saham Nasional Berhad, pengarah eksekutif untuk Scandinavian Motors Sdn Bhd, CEO di Kretam Holding Berhad, Pengerusi Tekala Corporation Berhad, Pengerusi Seng Hup Berhad, Pengerusi Ramatex Berhad dan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (1999).

5. Rafizi Ramli

Walaupun belajar dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal di University of Leeds, kerja pertama beliau adalah bersama firma akauntan yang berpengkalan di UK sambil mengambil kertas professional untuk layak bergelar akauntan diiktiraf di bawah ICAEW.

Pada tahun 2003, beliau telah pulang ke Malaysia untuk bekerja dengan Petronas sehingga 2009. Beliau kemudiannya menjadi Pengurus Besar Pharmaniaga pada bulan Ogos 2009, sebelum dilantik sebagai Chief Executive Selangor Economic Advisory Office, sehingga Julai 2012.

6. Lim Guan Eng

Lim Guan Eng merupakan graduan dari Monash University di Australia dengan ijazah sarjana ekonomi, dan pada tahun 1983, beliau telah menjadi akauntan professional yang berkelayakan. Sebelum memasuki bidang politik, beliau telah berjaya mendapatkan jawatan eksekutif senior

Tetapi tidak lama sebelum beliau mengikut jejak langkah ayahnya Lim Kit Siang. Pada tahun 1986, Lim Guan Eng telah di pilih menjadi MP Kota Melaka selepas menewaskan Soh Chin Aun.

7. Tan Sri Abdul Hadi Awang

Tuan Guru Haji Hadi merupakan graduan Universiti Islam Madinah untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah sebelum melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dalam jurusan Siyasah Syar’iyyah dari tahun 1974-1976.

Beliau pernah memegang jawatan Pegawai Yayasan Islam Terengganu dari tahun 1977 hingga 1978, dalam masa yang sama Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu.

Pada 1982, apabila Presiden ABIM, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan ABIM dan menyertai Umno, Abdul Hadi menyertai Pas bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor dan Datuk Nakhaie Ahmad.

8. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Bekas Ahli Parlimen yang dipecat pada 2020 ini pernah mengajar matematik semasa beliau sedang belajar di peringkat Master.

Sambil menyambung pengajian di tahap Ijazah Sarjana Pendidikan di Universiti Minnesota, Azmin Ali sempat untuk mengajar subjek matematik moden dan metematik tambahan.

Beliau juga pernah mengambil kursus di Universiti Oxford. Beliau mula bekerja untuk Anwar Ibrahim, seterusnya menjadi menteri di bawah pimpinan Mahathir dalam Barisan Nasional.