Fitnah jijik – dakwaan royalti petroleum masuk akaun PKR

Laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan dibuat terhadap individu yang memuat naik ‘fitnah jijik’ – hantaran dakwaan bahawa royalti petroleum berbilion ringgit untuk Kelantan dan Terengganu telah dimasukkan ke akaun PKR.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil menyifatkan dakwaan itu “fitnah amat jijik”.

“Ada individu muat naik posting palsu dan fitnah yang amat jijik.

“KEADILAN menerbitkan akaun setiap kali Kongres diadakan, dan akaun tersebut diaudit juruaudit bertauliah.

“Tidak pernah ada jumlah seperti yang dituduh itu masuk ke dalam akaun KEADILAN.

“Saya telah mengarahkan supaya laporan polis dan aduan MCMC dibuat segera terhadap individu yang menyebar fitnah jahat ini.”

Dakwaan tersebut telah dibuat oleh pengguna Facebook bernama Sabrizan Salleh di kumpulan Facebook Jabatan Netizen Negara.