Amalan kunjung-mengunjung, budaya erat perpaduan di Selangor

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari komited untuk meneruskan amalan kunjung-mengunjung di negeri itu sempena Aidilfitri ini.

“Insya-Allah, semangat kunjung-mengunjung yang teguh ketika Syawal ini akan sentiasa diteruskan sebagai budaya amalan mengeratkan perpaduan di Selangor,” katanya dalam satu catatan di Facebook beliau, hari ini.

Terdahulu, Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak meraikan jamuan Aidilfitri bersama-sama penduduk di Kampung Pasir, Kerling, Hulu Selangor.

Beliau berkata, meskipun dalam keadaan hujan lebat, kehadiran penduduk di kampung tersebut kelihatan amat meriah.

“Saya amat gembira dapat bertemu penduduk kampung ini yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia meraikan Aidilfitri dan kembali kepada fitrah setelah sebulan berpuasa,” ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua.

BACA JUGA Bila Cina bantu Melayu lancarkan jalan di Hari Raya