Bekalan benih padi sah mencukupi – MADA

Sebanyak 1.5 juta beg benih padi sudah disediakan untuk kegunaan pesawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Sehubungan itu, Pengerusi MADA, Datuk Dr Ismail Salleh memberi jaminan bahawa bekalan benih adalah mencukupi pada musim penanaman padi akan datang.

Beliau menyifatkan, bekalan tersebut melebihi keperluan penggunaan untuk penanaman padi di kawasan MADA yang hanya memerlukan 771,000 beg.

”Insya-Allah, kita tidak akan berhadapan dengan isu ketidakcukupan benih sebagaimana tahun lalu.

”Di Kedah, ada empat kilang termasuk Mada Corp Miller, OBL Maju Miller,Pertama Padi Miller.

“Empat kilang ini kita ada 1.5 juta beg. Di MADA kita memerlukan 771,000 beg (sahaja) dan kita ada bekalan berganda,” katanya lapor Sinar Harian.

Ismail yang juga Pengerusi AMANAH Kedah optimis masalah kekurangan benih tidak akan berlaku pada musim ini disebabkan terdapat lebihan kira-kira 600,000 beg lagi.

BACA JUGA Tuan Ibrahim anggap dakwaan ambil duit Bersatu sebagai terpelik di dunia