Fikrah takfiri zirwah: Ini cara aktivis Pas berfikir

AHMAD MURSI

Tular komen individu bernama Zirwah Al Idrus memuji kerja baik PMX dan dalam masa sama mempertikai akidah PMX. Lihat disini

Ini ‘tips of iceberg’ pemikiran walaun PAS yang muncul di media sosial dan fikrah takfiri ini lebih ganas di group2 Whatsapp.

Dengan ‘berkelulusan Usuluddin akidah’, Zirwah rasakan berhak menghukumkan sesat akidah PMX ‘liberalist dan pluralist’. Pada Feb 2024, Hj Hadi menulis di facebook ‘Kafir Murtad (Liberal)’.

Maka orang Melayu dihasut ‘PMX anuti Islam Liberal yang haji Hadi hukumkan Kafir Murtad’. Inilah permainan PAS sejak sekian lama.

Bila PAS lawan UMNO, akidah pemimpin UMNO juga dikatakan pincang walaupun akhirnya berpelukan dalam Muafakat Nasional.

Khawarij sentiasa jadikan isu akidah sebagai senjata politik dan akan terus berkelakuan begitu.

Kerja PAS kini mengukur tahap akidah lawan politik dan menghukumkan kafir. Bukan lagi bersaing siapa boleh mentadbir dengan lebih baik.

Walhal Nabi SAW ajar untuk menilai seseorang berdasarkan apa yang zahir iaitu mengucap dua kalimah syahadah dan mendirikan solat. Bukan kerja kita untuk membelah dada manusia dan semak apa yang ada dalam hati dan perutnya lalu menjatuhkan hukum kafir.

Penyakit Khawarij berlaku bukan kerana kurangnya ilmu Usuluddin, tetapi kerana GHULUW & TAKFIRI.

Sebab itu Nabi saw ingatkan, Khawarij ini mahir Al-Quran, kuat ibadahnya tapi mereka ‘terkeluar dari agama sebagaimana anak panah terkeluar dari busarnya’.

Abdurrahman Muljam Khawarij yang membunuh Saidina Ali ialah guru Al-Quran zaman sahabat, dan penulis wahyu zaman Rasulullah saw. Akhirnya mati dalam keadaan sia-sia.

Sebab itu Saidina Ali rumuskan hal Khawarij ini sama seperti disebut dalam Surah Al-Kahfi ayat 103-104:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”