Menteri Kabinet buat senaman ringan lepas mesyuarat

Barisan menteri Kabinet melakukan senaman ringan atau x-break selepas selesai Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) hari ini.

Rakaman video aktiviti regangan itu dikongsi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi Facebook rasmi beliau.

Turut kelihatan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Menteri Digital, Gobind Singh serta beberapa menteri lain.

Paling kelihatan teruja bersenam hingga jadi sebutan warganet ialah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah berkata, senaman ringan itu dilakukan untuk memastikan semua kekal aktif bagi meneruskan rutin pekerjaan dan tugasan masing-masing.

“Saya berharap aktiviti yang ringkas dan berkesan seperti senaman x-break ini dapat diterapkan oleh setiap kakitangan kerajaan terutamanya sewaktu mengadakan mesyuarat, perbincangan, kursus, tugasan makmal atau bengkel mahupun ketika bekerja di hadapan komputer agar dapat terus kekal aktif dan segar sewaktu bekerja,” kata beliau.

BACA JUGA Tuan Ibrahim anggap dakwaan ambil duit Bersatu sebagai terpelik di dunia