Keputusan titah adendum Agong, siapa perlu beri kata putus?

Keputusan berhubung titah adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 berkaitan tahanan di rumah kepada Datuk Seri Najib Razak mesti diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya sebutkan, ini menyinggung peranan Lembaga Pengampunan dan wewenang Agong. Itu jawapan bagi saya mengikut perbincangan dengan Peguam Negara dan maklumat dari Sultan dan Agong, itu sebaiknya.

“Kita tak cuba meringankan apa-apa keputusan yang dibuat hakim. Tapi cara kita lakukan itu yang tidak disenangi sesetengah pihak daÅ‚am parti sekutu atau sebaliknya, dalam kalangan yang lain di luar.

“Itu bukan kita persoalkan. Tapi pendirian kita tuntas, bahawa keputusan mesti dibuat daÅ‚am mesyuarat Lembaga Pengampunan dan keputusan muktamad (oleh) Agong (mesti juga) daÅ‚am mesyuarat Lembaga Pengampunan,” katanya yang juga presiden PKR ketika berucap pada Konvensyen 25 Tahun PKR di Pusat Konvensyen Shah Alam (IDCC).

Sebelum ini Anwar menyatakan bahawa beliau tidak mahu masuk campur dalam perkara ini.

Ini susulan pendedahan titah adendum. Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memfailkan afidavit sokongan terhadap titah yang akan membolehkan Najib menjalani tahanan di rumah.

Menteri Pelaburan Perdangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz turut menyatakan akan mengemukakan afidavit sokongan.