Parti derita, jangan terlena dengan pangkat, kuasa

OLEH NORMAN RADZUAN

SELAMAT JUBLI PERAK PARTI KEADILAN

Mengenangkan sejarah bermula penubuhan parti PKR ia bermula di jalanan. Semangat bermula bersama sama DS Anwar sehingga beliau ditahan dan dipenjara.

Tiada siapa sangka di kalangan reformis pro bono, penangkapan malam itu merupakan kali terakhir melihat wajah DS Anwar Ibrahim. Namun walaupun jasadnya dipenjarakan tetapi semangatnya terus membara.

Kita teruskan saban minggu di jalanan melaungkan ‘Reformasi’ walaupun ditangkap dan dipukul sudah menjadi sudah menjadi alah bisa tegal biasa. Ia perjalanan perjuangan yg panjang yg penuh dgn penderitaan.

Sebenarnya ramai pejuang2 Parti Keadilan sudah tiada. Samada kematian, gugur dlm perjuangan dan bersara dari politik dgn pelbagai faktor.

…………………………………………………………………………….

Ucapan tahniah buat PKR…

“Tahniah Parti Keadilan Rakyat menyambut Jubli Perak hari ini. Siapa sangka akhirnya Presiden parti menjadi Perdana Menteri… Alhamdulillah.

“Dalam kegembiraan itu saya sebenarnya bimbang. Pelbagai watak muncul dan yg paling saya bimbang kita alpa reform yg dicita citakan sdgkan itu matlamat kita sejak 1998 lagi.

“Yg dilantik menjadi Menteri, menjadi Pegawai2 dan memegang apa jua jawatan, jgn mendongak ke langit takut tersungkur menyembah bumi. Ingat yg mengangkat anda di situ adalah rakyat dan ahli2 parti bawahan.

“Suatu ketika dahulu kita bersama sama beramai2 menulis dan beramai2 membuat pelbagai content utk penerangan kpd rakyat.

“Kini semangat itu seolah sudah tiada dan ia semakin sunyi kerana ramai yg sudah meninggalkannya tugasan ini… entah kenapa?

“Akhirnya rakyat melihat kita lemah dan salah kerana tiada informasi2 lagi. Apatah 24-7 dari Subuh hingga ke Subuh esoknya kita difitnah kiri kanan depan belakang serta dari luar dan dalam.

“Jawatan dan kuasa ini boleh melalaikan. Jika sekali lagi kita rebah… sukar utk kembalikan kepercayaan. Di manakah kawan2 dulu yg sama2 berjuang menulis siang dan malam.

“Buat anak2 muda sebagai penyambung perjuangan kami. ADIL kah meninggalkan abang, kakak atau para reformis yg tua2 ini meneruskan. Jgn alpa…perjuangan ini masih panjang. Perjuangan yg kami lakukan dahulu utk kalian penyambung jenerasi Reformasikan negara ini.”