Bursa Malaysia naik ketara, apa maknanya?

Peningkatan Indeks pasaran saham negara, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang meningkat kepada paras tertinggi tahun ini iaitu 1,567.57 mata (setakat semalam), mengesahkan bahawa ekonomi Malaysia akan terus menguat di bawah pentadbiran Perdana Menteri.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata FBM KLCI pada Selasa mencecah paras 1,567.57 mata pada paras tertinggi harian menjelang 11 pagi, sebelum ditutup pada paras 1,561.64 mata.

Walaupun sentimen negatif terus dimainkan pembangkang yang seolah-olah mengharapkan kerosakan ekonomi negara demi kuasa yang mereka kejar, namun kata Rafizi, sentimen itu tidak sama dengan keadaan yang berlaku di pasaran.

“Bursa Malaysia telah menunjukkan peningkatan secara konsisten sejak 12 bulan lepas untuk mencecah paras tertinggi pada paras 1,567.57 mata pagi tadi (semalam).

“Peningkatan berterusan yang konsisten ini bersamaan dengan kenaikan 14.45% pulangan tahunan kepada pelabur. 

“Dana-dana rakyat yang dikendalikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), Permodalan Nasional Bhd, Khazanah Nasional Bhd, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera adalah antara pemegang saham terbesar syarikat-syarikat di Bursa Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Pada masa sama Rafizi berkata, apabila pasaran saham naik secara konsisten dalam setahun yang lepas dan memberi peningkatan 14.45% dalam pulangan tahunan, ia akan dapat diterjemahkan dalam bentuk keuntungan yang lebih besar kepada rakyat di masa hadapan, sekiranya maraton ini dapat diteruskan.

*Tanggungjawab membaiki ekonomi negara memerlukan perspektif jangka panjang. 

“Namun, peningkatan yang berlaku (tanpa kita sedar) seperti hari ini memberi pengesahan bahawa ekonomi kita akan terus menguat,” ujarnya.

BACA JUGA Tular warga asing didakwa bolot minyak masak, ini jawapan KPDN selepas turun terjah

Â