Isu Palestin: Ada sesiapa ingat di mana Hadi Awang semasa jadi Duta Khas?

OLEH AHMAD MURSI

Haji Hadi kritik negara yang bantu rakyat Palestin selamatkan diri keluar sebagai mengikuti agenda Israel dan Barat.

Saya juga setuju bahawa rakyat Palestin tidak dibawa keluar kerana itu menjayakan pembersihan etnik yang cuba dilakukan Israel.

Tetapi masa yang dipilih Haji Hadi menulis seolah-olah mengkritik PMX yang secara senyap melakukan ‘Misi Gila’ membantu saudara Nadir An-Nuri mengeluarkan anak-anaknya dari Gaza. 

Ini dibuat setelah dia meminta bantuan PMX dan tindakan ini mendapat pujian meluas rakyat Malaysia.

Haji Hadi hebat bercakap dan menulis bila menjadi pembangkang, tetapi gagal membuat apa yang dikata bila kuasa berada di tangan walhal telah dilantik sebagai Duta Khas Timur Tengah. Mungkin diganggu kerengga.

Seluruh dunia kini memuji keberanian PMX mengkritik hipokrasi barat secara terbuka dan dikatakan sebagai kebangkitan ‘Global South’ dalam isu kemanusiaan mengatasi dunia Barat.

Hanya Pas dan Haji Hadi sahaja sunyi sepi tanpa reaksi apa lagi menyatakan sokongan kepada PMX.

Sepatutnya Haji Hadi ambil saranan Dr Zuhdi agar semua rakyat tanpa kira parti bersama PMX dan kerajaan dalam menerima kesan akibat solidariti Malaysia dalam isu ini.

PMX terang-terangan akui kepada dunia bahawa kerajaan Malaysia punyai hubungan baik dengan Hamas bagi membantu perjuangan Palestin. 

Hal yang tak berani dilakukan oleh Negara Arab sekalipun.

Tidak diketahui apa sumbangan Haji Hadi dalam konflik Palestin selama memegang jawatan Duta Khas. 

Hanya yang terbit di media waktu itu ialah pendiriannya berkecuali dalam krisis di Timur Tengah.

Bahkan dia tidak juga berusaha mengubah dasar kerajaan Malaysia berkenaan ‘penyelesaian dua negara’ yang sudah wujud sejak sekian lama.

Muhyiddin juga nyatakan sokongan dasar ini semasa menjadi PM tebuk atap tahun 2021 dan disuarakan juga tahun 2023. Tapi di mana Haji Hadi waktu itu?

BACA JUGA Tular warga asing didakwa bolot minyak masak, ini jawapan KPDN selepas turun terjah