Anda minat game PlayStation, jom jadi perekanya pula

Konsol permainan video terkenal iaitu PlayStation sememangnya menjadi kegilaan ramai apatah lagi kepada golongan gamers.

Pelbagai jenis genre disediakan bagi memenuhi kehendak gaya permainan mengikut peredaran zaman.

Namun, pernahkah anda terfikir bagaimana untuk bekerja dalam industri permainan atau menjadi game designer?

Menurut Ketua Studio, PlayStation Studios Malaysia, Hasnul Hadi Samsudin, beliau menekankan tentang portfolio seseorang calon yang mahu bekerja dalam bidang berkenaan.

”Kalau boleh kena ada portfolio iaitu hasil kerja mereka dikumpulkan di satu tempat.

”Ia supaya kami sebagai studio ini, boleh melihat bakat yang ada dan pada masa sama kita boleh tengok mana yang bagus.

”Yang pentingnya kita sebagai studio bertaraf dunia dapat memberi sokongan kepada sekolah dan juga bakat-bakat ini bagi memahami apa yang diperlukan untuk bekerja di studio kita,” katanya dalam satu video dimuat naik oleh tzafrul_aziz di laman X beliau.

Dalam video tersebut, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengadakan lawatan ke studio PlayStation yang terletak di Imazium, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Tengku Zafrul turut meletakkan kapsyen berkaitan permainan itu pada video yang dimuat naik di laman X beliau.

”Nak jadi game designer?

”Siapa suka main PlayStation? Tahu tak dekat Malaysia pun ada Studio PlayStation?

”Nak jadi game designer tak? Jom kita tanya PlayStation macam mana nak join the industry!,” ciap beliau di laman sosial itu.

BACA JUGA Selepas UM dikecam, menteri arah batal semua program babit penceramah pro zionis