Kali pertama bertemu Fahmi, ini kata Dr Maza

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sebagai seorang yang mesra dan mempunyai hala tuju pentadbiran yang baik.

Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza berkata demikian selepas menerima kunjungan ukhuwah Fahmi di rumahnya, di Perlis malam tadi.

”Selepas kuliah di Masjid Alwi (Kangar) semalam, saya bergegas pulang untuk menyambut kunjungan beliau dan rombongan.

”Banyak perkara positif yang dibincangkan dalam tempoh kunjungan tersebut.

”Semoga Allah merahmati usaha-usaha baik beliau,” tulis Dr Maza dalam satu catatan di Facebooknya.

Untuk rekod, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dipilih sebagai Menteri Komunikasi dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Disember 2022.

Pada 31 Januari tahun lalu, Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR dilantik menjadi jurucakap Kerajaan Perpaduan untuk berhadapan dengan pihak media.

BACA JUGA Tergamak penyokong pembangkang ini kait dua pemimpin negara dengan tangki najis, masuk neraka