PRK Kuala Kubu Bharu, kempen Hadi Awang dan kisah Raja Najashi

Oleh NORMAN RADZUAN

Saya jangkakan PRK Kuala Kubu Bharu, isu perkauman menjadi kempen utama pembangkang.

Ia jelas apabila kerusi Gerakan telah diambil Bersatu sebagai mesej ‘Utamakan calon Melayu’.

Anda masih ingat apa yang berlaku dalam pilihan raya di Cameron Highlands dan Tanjung Piai. PRK Cameron Highlands, Hadi Awang berkempen ‘tiada pilihan selain pilih calon Melayu Islam.’

Selepas itu dalam PRK Tanjung Piai, Hadi Awang sanggup menolak calon imam dari Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini dan menyuruh ahli Pas memilih calon parti MCA, Wee Jeck Sen. Ironi betul dengan kenyataannya di PRK Cameron Highlands.

Lebih melucukan dan jadi pelik Kit Siang suruh undi tok imam, Karmaine, Tok Guru Ulama dunia Hadi Awang pula ajak tolak tok imam ketika kempen Tanjung Piai.

Berdasarkan kejadian itu (kempen Hadi Awang) sebenarnya tidak salah jika kita mempunyai pemimpin yang bukan Islam asalkan mereka bukan kafir harbi dan membawa kebaikan untuk penduduk setempat.

Pang Sock Tao dari DAP jadi calon untuk mewakili Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Sejarah telah menceritakan bagaimana umat Islam telah diminta oleh Rasulullah mencari perlindungan dengan seorang Raja Kafir di Habsyah. Siapa tidak tahu kisah Raja Najashi yang berhati mulia.

Raja Najashi memberitahu kepada sahabat-sahabat Nabi, “Teruskan dengan cara kalian (beribadat secara Islam).

“Kalian selamat di negeriku. Walau diberi segunung emas pun aku tidak akan menyakiti seorang pun daripada kalian.”

Kata-kata segunung emas itu apabila pihak kafir Quraisy tidak senang melihat layanan Raja Najashi kepada Muslimin di Habsyah.

Lalu menghantar wakil bertemu dengan Raja Najashi. Pihak Quraisy telah merasuah pembesar-pembesar Habsyah dan cuba berbuat demikian kepada Raja Najashi tetapi ditolak.

Malah, Raja Najashi kagum dengan para sahabat tidak sujud kepadanya dan apabila ditanya pembesar kerajaannya mengapa tidak berbuat demikian, jawab sahabat, “Kami tidak akan bersujud kepada sesiapa kecuali kepada Allah.”

Kerana akhlak umat Islam dan mendengar Surah Maryam membuat Raja Najashi mengalirkan air mata.

Akhirnya, Raja Najashi secara senyap-senyap telah meminta Jaafar Abu Talib mengIslamkannya.

Memeluk Islam

Kebaikan dan kemasukaan ke agama Islam Raja Najashi telah menggembirakan Rasulullah. Malah, Najasyi juga memberikan banyak hadiah kepada Rasulullah SAW tanda kasihnya kepada Nabi.

Mengikut satu riwayat rakyat jelata Habsah beragama Kristian saling berbisik-bisik. Khabar angin Raja mereka sudah memeluk agama Islam tersebar di merata tempat.

Gereja Ortodoks tidak senang dengan apa yang mereka dengar. Sekumpulan orang Habshah yang tidak berpuas hati, menuntut Raja Najashi memberikan penjelasan sebenar.

Raja Najashi memang sudah memeluk agama Islam secara rahsia. Dia juga bimbang tentang keselamatan Jaafar bin Abi Talib dan sahabat-sahabat lain yg telah mengislamkannya.

Sebelum berjumpa dengann rakyatnya, Najashi menulis sepotong ayat pada selembar kulit yang berbunyi, “Dia bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya, dan bahawa Isa anak Maryam adalah hambaNya…”

Najashi melipat lembaran itu dan menyimpannya di dalam saku jubahnya. Najashi bertanya, “Hai orang Habshah, bukankah aku yang paling layak menjadi raja engkau?” “Ya,” sahut mereka.

“Jadi, apa yang meresahkan kalian?”

“Tuanku telah meninggalkan agama kita dan percaya Isa adalah seorang hamba,” tuduh mereka.

Sambil jarinya menuding ke bahagian lembaran kulit yang tersimpan di dalam saku, “Aku beriman dengan keyakinan ini.”

Helah dibuat Najashi tidak disedari oleh rakyat jelata. Mereka semua berpuas hati. Mereka menyangka ‘ini’ yg dimaksudkan dalam ucapan tadi adalah akidah agama mereka, sedangkan dimaksudkan Najashi sebetulnya adalah akidah mentauhidkan Allah yang Maha Esa.

Sepanjang hubungan baik Raja Najashi dan Rasulullah SAW, mereka tidak pernah bertemu antara satu sama lain. Tetapi kasih Raja Najashi kepada Rasulullah dengan melindungi umat Islam di negerinya.

Tidak lama sebelum pembukaan Mekah, Najashi meninggal dunia, Rasulullah SAW memanggil para sahabat untuk melakukan solat ghaib.

Tahukah anda sebelum kematian Raja Najashi, Rasulullah belum pernah solat ghaib dan tidak pula melakukan setelahnya. Semoga Allah meredai Najashi.

Moralnya tidak menghairankan apabila Hadi Awang sendiri berkempen untuk calon DAP dan MCA sebelum ini kerana ia bukan suatu kesalahan.

Tiada istilah salah memilih calon bukan Islam. Mengikut Dr Asri walaupun ada ayat-ayat melarang tetapi ada ayat membenarkan berdasarkan pada pandangan ulama-ulama.

Ia berdasarkan pendapat ulama-ulama selagi pemimpin bukan Islam itu tidak memusuhi Islam.

Menurutnya lagi ulama-ulama memberi pandangan ia hendaklah melihat kepada situasi politik semasa, lihat pada struktur masyarakat, sistem yang dipakai dan faktor-faktor yang lain.

Jika tidak, tentulah Pas sendiri tidak mahu bekerjasama dengan Gerakan. Parti Gerakan adalah parti Cina ketiga Pas bekerjasama selepas dengan MCA ketika bersama Muafakat Nasional dan DAP ketika bersama Pakatan Rakyat.

BACA JUGA Tergamak penyokong pembangkang ini kait dua pemimpin negara dengan tangki najis, masuk neraka