Benzoil Peroksida dalam tepung? Ini penjelasan KKM

Penggunaan benzoil peroksida sebagai kondisioner makanan di bawah aditif makanan dalam tepung pada kadar tidak melebihi 50mg/kg adalah dibenarkan menurut Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, Codex Alimentarius Commission (CAC), badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Joint FAO/WHO Foof Standards Programme pula membenarkan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum pada kadar tidak melebihi 60mg/kg.

”Dalam hal ini, penggunaan benzoil peroksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan dalam jumlah tertentu di Malaysia dan luar negara oleh badan penilai antarabangsa iaitu FAO/WHO Expert Comittee on Food Additives (JECFA).

“KKM akan sentiasa bersedia dan akan mengambil tindakan sewajarnya sekira terdapat bukti-bukti saintifik terkini daripada badan-badan antarabangsa seperti Codex dan JECFA yang membuktikan mana-mana bahan makanan adalah berbahaya kepada kesihatan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut KKM lagi, pihaknya akan melaksanakan pemantauan ke atas pelbagai jenama tepung di pasaran bagi memastikan ia mengandungi benzoil peroksida dalam kadar yang dibenarkan.

KKM memaklumkan setakat ini, tiada mana-mana jenama tepung di pasaran mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan.

BACA JUGA Cerita panas dari Kedah, wanita lagi yang berani lawan