Kantoi ‘uncle’ maki jentera PH rupanya hanya lakonan penyokong PN
Lakonan penyokong Perikatan Nasional (PN) yang bertindak memaki jentera Pakatan Harapan (PH) akhirnya terdedah.
Rupanya individu berkaca mata tersebut turut serta dalam perarakan semasa penamaan calon pagi tadi.
Terdahulu, rakaman video lelaki Cina berkenaan yang memarahi jentera PH menggunakan bahasa Melayu itu awal-awal lagi menimbulkan kesangsian di pihak penyokong Kerajaan Perpaduan.
Namun, tentera siber PN dilihat memanipulasi kemarahan kononnya ‘akar umbi’ di DUN Kuala Kubu Baharu dengan petanda awal pengundi menolak calon Kerajaan Perpaduan.
“Kesian tengok jentera PH kena maki dengan uncle ni. Betul-betul uncle ni lepas geram kat kerajaan PH pimpinan PMX.
“Petanda awal undi protes yang amat dahsyat bakal berlaku di Kuala Kubu Bharu. Rakyat sudah tidak boleh bersabar lagi,” tulis pengguna X, @Solisidtor.
BACA JUGA ‘Jangan hina pengundi KKB, rakyat Selangor dengan hantar penipu sebagai wakil rakyat’
Â