Tempoh 14 hari kempen PRK KKB: Apa kata Saifuddin?

Semua pihak diingatkan supaya tidak menimbulkan kekecohan dan mengancam ketenteraman awam termasuk menyentuh isu 3R (raja, agama, kaum) sepanjang tempoh 14 hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata apa sahaja perkara yang bersifat ‘distructive’ (boleh menimbulkan kerosakan), wajar dielakkan.

Menurutnya, semua pihak diberi amaran supaya menjauhi sebarang penulisan dan ucapan yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak termasuk isu 3R.

“Saya berharap semua pihak mematuhi semua undang-undang yang ditetapkan dan mengikut Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Sila kawal tutur kata, ucapan serta tulisan di dalam semua aktiviti kempen yang dijalankan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Pencegahan Jenayah kolaborasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan rakan strategik serta komuniti setempat di perumahan awam Flat Sri Sabah hari ini.

BACA JUGA Cerita panas dari Kedah, wanita lagi yang berani lawan