Biodata calon PN diragui, jawapan ‘no komen’ ketika ditanya wartawan undang buah mulut 

Biodata calon Perikatan Nasional (PN) di DUN Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut mencetus tanda tanya ramai terutama mengenai latar belakang pendidikannya yang agak meragukan.

Berdasarkan maklumat tertera, beliau memperoleh Diploma Eksekutif Pengurusan dari Universiti Malaya (UM) pada 2019 iaitu ketika beliau berumur 49 tahun.

Dua tahun kemudian pada umur 51 tahun, beliau mengambil ijazah Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Ketika ini beliau berusia 54 tahun.

Sijil yang diperolehinya didakwa tidak diiktiraf Malaysia Qualification Agency (MQA) – iaitu Diploma Eksekutif dan Master Eksekutif.

Dalam bahasa pasar, rakyat mengumpamakan ia seperti “sijil ciplak”.

Perakuan atau pengiktirafan MQA adalah penting untuk seseorang Individu memasuki sektor kerajaan terutama untuk memudahkan laluan kerjaya graduan.

Namun hal kedua yang menarik perhatian ramai adalah sebelum beliau memperoleh Diploma, calon PN itu sudah pun bergelar Managing Director syarikat O&G, dan dilantik sebagai Eksekutif Kewangan Bursa Malaysia. 

Mereka terkejut kerana untuk memegang dua jawatan besar itu cukup dengan menggunakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.

Pada masa sama, tular klip video ketika beliau ditanya media mengenai spekulasi latarbelakangnya yang meragukan dan jawapannya yang kian menjadi sindiran ramai.

Khairul Azhari ketika ditanya, enggan mengulas lanjut, sebaliknya menegaskan mahu memberikan perhatian kepada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kubu Bqharu yang ditandinginya.

“Saya tidak mahu komen, saya mahu fokus lawan (berdepan tiga calon lain) dengan cara yang adil,” katanya.

BACA JUGA Nak kerja kilang pun kena ada sijil tulen, takkan nak jadi wakil rakyat…