Kalau teksi dah turun ‘support’, memang menanglah Perpaduan

Kehadiran konvoi teksi bagi menunjukkan sokongan kepada calon DAP DUN Kuala Kubu Baharu diduga memberi petunjuk positif buat Kerajaan Perpaduan.

Konvoi yang diketuai Gabungan Teksi Malaysia dilihat berkumpul pada hari penamaan calon semalam sambil membawa bendera Pakatan Harapan.

Mereka turut membawa kain rentang yang tertulis “Kami Gabungan Teksi Malaysia menyokong penuh Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia”.

Video dimuat naik salah seorang pemandu bernama Kamal Teksi berjaya menarik perhatian ramai yang menjangkakan sokongan kuat dari kumpulan itu bakal memberi tuah kepada kerajaan.

“Teksi turun sokong calon Kerajaan Perpaduan. Terima kasih kepada semua yang sudi menyantuni kami terutamanya YB Anthony Loke.

“Wahai penduduk Kuala Kubu Baharu, jangan lakukan kesilapan. Ayuh undi calon Kerajaan Perpaduan,” kata Kamal dalam kapsyen video yang dimuat naik.

Persatuan teksi-teksi memang sebelum ini terbuka menunjukkan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan dalam beberapa siri pilihan raya.

Kali ini ada yang beranggapan mereka dibayar, namun disanggah Kamal yang memaklumkan mereka tidak pernah dibayar.

“Kau ingat kami tak bermaruah macam puak-puak kau ke walaun?,” kata Kamal pada satu komentar yang tertulis “dapat duit”. 

“Kalau teksi dah support memang menang lah,” kata Hariz.

“Abang teksi pun bersatu dan menilai bahawa PH-BN Kerajaan Perpaduan adalah pilihan terbaik. Mantap!,” kata pengguna TikTok 

BACA JUGA Tak sia-sia jual Menu Rahmah di ‘vending machine’, peniaga terkejut mampu raih RM14,000 sebulan