Pas disindir guna gambar solat sebagai poster kempen, siap samakan dengan PMX

Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar menjadi bahan sindiran pengguna media sosial selepas tular poster kempen miliknya yang menggunakan gambar sedang menunaikan solat.

Poster tersebut merupakan bahan kempen ketika beliau yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Selangor itu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi merebut kerusi Kota Anggerik 

Beliau bagaimanapun tewas kepada Najwan Halimi daripada Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 10,834 undi.

Poster memaparkan Mohamed Sukri bersembahyang dan dijadikan modal kempen itu tersebar selepas beliau mengulas perihal ekonomi, mendakwa Kerajaan Perpaduan hari ini menekan hidup rakyat.

Atas sebab itu, pengguna media sosial tampil membidas dengan mengatakan ahli Pas itu sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang pentadbiran dan sebab itu dia hanya menggunakan gambar beribadah sebagai modal politik.

Dari pemerhatian, terdapat dua poster yang dikongsi pengguna X memaparkan gambar ketika sedang solat dijadikan bahan kempen oleh ahli Pas itu.

Tidak berdiam diri, Mohamed Sukri membalas kembali dengan beberapa foto Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang solat – yang dikatakannya lagi banyak berlambak di internet.

“Tak perlu tuduh ibadah jadi modal politik. Berlambak gambar PMX solat di internet. Tak pernah saya sebut modal politik. 

“Bila saya ulas dan kritik berkait pentadbiran kita fokus pada perkara tersebut. Terlampau suci kerajaan Madani sampai tak boleh dikritik. Siapa yang ekstrem?,” soalnya.

Bagaimanapun tindakannya itu hanya memakan diri kerana warganet membandingkan dengan PMX  yang tidak pernah menggunakan gambar menunaikan solat untuk meraih undi.

“Tak pernah lagi PMX buat poster guna gambar solat. Korang je menunggang agama. Tak sedar diri,” kata pengguna X.

“Apa dia yang teruk sangat tu ustaz? Ada ka PMX buat poster macam ustaz buat tu? Dak kan? Hahahahaha. PMX tiap-tiap jumaat ada gambar solat Jumaat, semua orang tahu,” sindir Naufal.

BACA JUGA ‘Kalau dah ditegur tapi tak endah, tukar sahajalah MB ini’, PU Syed ‘sound’ Sanusi