Chegu Bard bergari dibawa ke mahkamah

Chegu Bard atau lebih dikenali sebagai Badrul Hisham Shaharin dilihat tiba di Mahkamah Sesyen pada jam 9.20 pagi hari ini, bagi menghadapi dua pertuduhan kes memfitnah dan menghasut.

Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu itu antara lain didakwa mengaitkan menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta isu KK Mart, baru-baru ini.

Badrul Hisham, 46, yang memakai baju Melayu berwarna hijau dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.

“Assalamualaikum, Selamat Hari Raya,” kata beliau kepada pengamal media.

Semalam, peguam bela Chegu Bard, Rafique Rashid Ali, berkata anak guamnya itu akan berdepan pertuduhan mengeluarkan kenyataan memfitnah dan menghasut.

Menerusi hantaran Badrul di Facebook, beliau menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai hab kewangan yang akan dibina di Forest City.

BACA JUGA Tak pernah bermimpi raih pendapatan RM2,000 seminggu, IPR ubah kehidupan peniaga kecil