Tuduhan liwat lima pelajar tahfiz, ustaz didakwa esok

Berdepan lima pertuduhan meliwat lima pelajar lelaki, seorang ustaz di sebuah pusat tahfiz di Machang, Kelantan dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu esok.

Lelaki berusia 39 tahun berkenaan menghadapi tiga pertuduhan bagi kes Machang dan dua kes Bachok.

Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sebelum ini, dilapor perbuatan keji seorang ustaz dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki sejak dua tahun lalu terbongkar selepas dia ditahan polis baru-baru ini.

Dia yang merupakan tenaga pengajar di sebuah pusat tahfiz di Machang dicekup pada 16 April lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin, pihaknya menerima tiga laporan berhubung kejadian liwat melibatkan tiga pelajar tahfiz berusia 12 hingga 13 tahun.

Jelasnya, laporan tersebut dibuat kira-kira pukul 12.56 tengah malam pada 15 April lalu.

BACA JUGA Video ‘tuan guru’ renjis air jampi pada kereta undang perdebatan ramai