Hairul Hafizi Johari pemenang utama Perodua Axia dalam kempen ‘Go Cuba Bizappay with FPX’

Gambar: Kempen #GoCuBaBizappay (Cabutan Bertuah) dan Majlis Sambutan Hari Raya yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif, Bizapp Ventures Sdn Bhd, Mohd Taib Pardi di RekaScape Cyberjaya. 29hb April 2024 (Isnin)

BIZAPP merupakan aplikasi pengurusan perniagaan berintegrasi tinggi telah melancarkan kempen menggunakan pembayaran dalam talian kepada pelanggan ‘Go Cuba Bizappay with FPX’

Ketua Pegawai Eksekutif, BIZAPP VENTURES SDN BHD, Mohd Taib Pardi, kempen  yang disokong dan ditaja oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) serta berkolaborasi bersama  CommercePay (CAP) tersebut merupakan satu inisiatif pendedahan pembayaran digital kepada komuniti pinggir bandar dan luar bandar.

Inisiatif  tersebut yang berlangsung selama lima bulan bermula 15 September 2023 hingga 15 Februari lalu secara strategik bertujuan mengubah pengguna BIZAPP daripada kaedah konvensional dan deposit tunai manual di mesin ATM kepada yang diperkemas seperti kemudahan FPX tanpa tunai,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Cabutan Bertuah & BIZAPP Raya di Cyberjaya yang turut dihadiri Ketua Pegawai Teknologi Bizapp Ventures Sdn Bhd, Hasnol Mizam, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Commerce Asia, Ganesh Kumar Bangah, Pengarah CommercePay dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Commerce Asia, ⁠Kuna Kathigesan dan Pengarah Kanan Komersial PayNet,  Azrul Fakhzan Mainor.

Mohd Taib menambah, menerusi kempen, para peserta berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk sebuah kereta Perodua Axia dan enam unit  telefon pintar jenama iPhone 14 dengan jumlah keseluruhan bernilai RM70,000.  

Sepanjang kempen berlangsung, kami menerima sebanyak 3,000 penyertaan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 20 buah syarikat telah disenarai pendek dan hanya tujuh syarikat yang terpilih ke peringkat akhir dan menerima hadiah melalui cabutan bertuah.

Sejak diperkenalkan pada 2016, pengguna BIZAPP terus berkembang dengan nilai transaksi kasar (GMV) sebanyak RM3.8 bilion. Justeru menerusi perkembangan pesat dunia perniagaan hari ini, BIZAPP mengorak langkah menawarkan sistem dalam talian yang dikenali sebagai Bizappay dalam usaha mempromosikan kaedah menerima dan membuat pembayaran perniagaan secara dalam talian.