Dah dapat naik gaji pun guru bergelar ustaz buat kenyataan hina PMX

Sudahlah dapat kenaikan gaji tetapi tergamak menghina malah memfitnah PMX.

Itu yang berlaku pada seorang guru bergelar ustaz di Kota Bharu, Kelantan.

Dia menjadi bualan orang ramai apabila dilihat menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tangkap layar kenyataan biadab guru di Sekolah Kebangsaan Chicha Menyabong itu dikongsi pemerhati politik, Najib Bakar.

Ustaz berkenaan dilihat mempertikai keputusan pengampunan penuh tanpa sebarang syarat terhadap Anwar pada 2018.

Pengampunan penuh itu dilakukan oleh Sultan Muhammad V ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong.

“Dia lupa agaknya pengampunan penuh PMX oleh Sultan Kelantan semasa Baginda menjadi YDPA.

“Baginda beri pengampunan penuh sebab percaya kes itu adalah konspirasi politik peringkat tertinggi.

“Mai tang ustad ni, dia qazaf terus,” kata Najib Bakar dalam hantaran di Facebook.

Semakan mendapati akaun Facebook ustaz berkenaan telah ‘ghaib’ hari ini dipercayai kesan cemuhan orang ramai.

Mengulas lanjut, Najib Bakar menyeru agar orang ramai mengemukakan aduan rasmi kepada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) sekiranya terdapat penjawat awam yang bersikap sedemikian.

Contoh aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Sebelum ini, seorang guru wanita mengundang perdebatan warga maya apabila secara terbuka ‘menganjing’ susulan pengumuman kenaikan gaji untuk penjawat awam.

Guru berasal dari Terengganu berkenaan menasihati golongan pendidik agar tidak terlalu gembira dengan pengumuman Perdana Menteri itu.

“Jangan terlalu gembira cikgu. Bimbang nanti takut ada perubahan di kemudian hari,” tulisnya menerusi menerusi Facebook Kami Guru Malaysia.

Semalam, Perdana Menteri ketika berucap pada majlis sambutan Hati Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mengumumkan kadar kenaikan gaji serta gaji minimum bagi penjawat awam.

Kadar kenaikan gaji melebihi 13 peratus selepas 12 tahun tidak disemak itu adalah peningkatan tertinggi yang akan dilaksanakan bermula Disember ini.

BACA JUGA Tergamak pegawai KPM ‘menganjing’ PM umum kenaikan gaji