Selepas Chegu Bard, Papagomo pula didakwa pagi ini kes hina Agong 

Selepas Chegu Bard, kini giliran rakannya pula akan didakwa di mahkamah atas kenyataan menimbulkan kebencian kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Blogger kontroversi, Papagomo difahamkan akan didakwa pagi ini di Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 pada 9 pagi.

Sebelum ini bekas Exco Pemuda Umno itu dilapor ditahan atas kenyataannya yang mengaibkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Menerusi video berdurasi dua minit 46 saat, dia didakwa mengeluarkan kenyataan berhubung isu KK Mart dan mempersoalkan tindakan Sultan Ibrahim berjumpa dengan pemilik KK Mart.

Selain itu, dalam video terbabit terdapat tuduhan dibuat menyatakan Sultan Ibrahim yang mengarahkan Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, 45, dituduh di mahkamah di bawah Akta Hasutan.

Terdahulu, Chegu Bard yang juga ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua tuduhan memfitnah dan menghasut untuk merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

BACA JUGA Pegawai kanan ditahan SPRM: KADA beri kerjasama penuh