Harga petrol di Malaysia kekal termurah di Asia Tenggara

Dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara, harga petrol di Malaysia merupakan yang terendah selepas Brunei iaitu RM2.05 seliter untuk RON95.

Harga minyak untuk minggu ini menetapkan RON97 pada kadar RM3.47 seliter dan Diesel pula RM2.15 seliter.

Untuk rekod, kerajaan menanggung sekitar RM2 bilion sebulan untuk subsidi petrol ini.

Jika dibandingkan dengan harga petrol di Thailand, RON95 mereka jauh lebih tinggi berbanding Malaysia iaitu sekitar RM5.36 seliter. Manakala RON 97 pada harga RM6.45 seliter.

Jika memerhati Indonesia pula, negara itu menetapkan RON95 pada kadar RM4.27 iaitu dua kali ganda lebih mahal daripada Malaysia.

RON97 pada kadar RM4.50 dan Diesel RM4.47.

Sementara itu meninjau harga minyak petrol terkini di Filipina, wilayah itu menetapkan RM5.70 bagi RON95, dengan RON97 pula ditetapkan pada harga RM6.18.

Seperti yang dilaporkan oleh Ekonomi Rakyat pada 2021, sebahagian besar subsidi petrol di Malaysia hanya memanfaatkan golongan berpendapatan tinggi.

Golongan tertinggi 20 peratus mengaut 42 peratus daripada keseluruhan subsidi minyak.

Manakala golongan terbawah 20 peratus hanya menikmati 4 peratus daripada keseluruhan subsidi minyak yang diperuntukkan Kerajaan.

BACA JUGA Kita kalau nak ‘korek’ anak siapa masuk sekolah vernakular, dah lama kita buat