Ini senarai kempen PN di KKB selama seminggu, semuanya isu kedai kopi
Oleh NORMAN RADZUAN
Apa yang ingin dibawa PN untuk warga Kuala Kubu Baharu?
Kegilaan apa pembangkang main isu kedai kopi.
Dah seminggu waktu berkempen, saya mendapatkan maklumat dari staf dan rakan-rakan yang turun mengikuti perkembangan berkempen di Kuala Kubu Baharu (KKB).
Selain itu, saya mengikut rapat di media sosial kempen KKB sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Banyak sangat dalam jangkaan saya menjadi kenyataan.
Lawak pertama saban pilihan raya; ‘Jika kita menang kita menjadi kerajaan di mana landskap politik negara akan berubah’.
Mentang-mentanglah penyokong mereka walaun, dia punya gebang macam penyokong dia tak pergi sekolah dibuatnya.
Kemudian timbul isu kontroversi apabila Ketua Penerangan Pas bertanya mengenai taraf pendidikan calon PH.
Apabila ditunjuk keputusan semua A, terdiam dan diri sendiri berasa malu. Apa jenis kebodohan meminta keputusan SPM ini?
Tak cukup dengan itu diungkit pula bahawa calon PH sekolah vernakular.
Apa kena-mengena dengan sekolah itu sedangkan pemimpin Pas, anak pemimpin Pas malah dikatakan cucu Presiden Pas juga dihantar di sekolah vernakular.
Seperti dijangka isu perkauman. Pilihlah Melayu, jangan pilih calon Cina.
Sedangkan mereka pada Pilihan Raya Umum lalu meletakkan calon Cina Gerakan di 30 kerusi Parlimen.
Malah, calon mereka ada cakap Melayu pun tak berapa nak lepas. Mereka boleh pilih calon Cina, orang lain tak boleh.
Kemudian dimainkan isu Papagomo ditahan polis kononnya betapa kejam PMX.
Sedangkan apa kena-mengena dengan PMX. Papagomo yang menghina Yang di-Pertuan Agong, PMX yang dipersalahkan. Aduh. Gila punya cara kempen.
Calon Perpaduan pakai selendang dijadikan isu kononnya hendak menipu oramg Melayu. Orang Cina kamu takbir walaun sahut takbir tu, ok?
Maaf cakap, apa ke ‘bangang’ sangat kempen PN ini, tak boleh ke jaga sikit maruah pengikut kamu tu, jangan diperbodohkan mereka sebegitu rupa.
Akhirnya, saya melihat jika PN menang apa mereka nak buat untuk penduduk KKB?
Hendak janji bulan dan bintang mereka bukan kerajaan. Sukar mendapat peruntukan dari kerajaan negeri.
Jadi, kempen mereka pasal kelulusan SPM, Melayu Cina, Papagomo hina Agong, konon menang PN jadi kerajaan, isu pakai tudung. Betul-betul mereka buat walaun pemikiran IQ bawah 50.
Sebab kempen mereka betul-betul nak perbodohkan rakyat. Datang Noh Omar cerita pasal apa dia buat masa dia jadi Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Ingatkan nak beri cadangan-cadangan atau manifesto terbaik untuk penduduk KKB.
Sebab itu saya katakan pembangkang main isu kedai kopi. Sebab itu pagi ini saya menulis ala santai kedai kopi.
Nak kempen ‘style’ PH jadi pembangkang tak boleh sebab PH tak makan rasuah. Jadi, fitnah dan mainkan isu perkauman sajalah modal pembangkang sekarang ini.
Dulu Inggeris yang suka perbodohkan orang Melayu.
Zaman sekarang ini, bangsa saya sendiri membodohkan bangsa Melayu. Kita mahu perpaduan rakyat Malaysia tapi mereka mahukan perpecahan.
BACA JUGA Lepas ini jemaah haji di Kelantan boleh terbang terus dari LTSIP ke Makkah