Ramalan yang tak kena pun, PN panggil ‘Sir Azri’ beri ceramah kempen PRK KKB

Papagomo juga digelar penyokong PN sebagai ‘Sir Azri’ dengan ramalan kejatuhan kerajaan Madani yang tak kena pun rupanya dipanggil memberi ceramah sempena kempen PRK KKB.

Menerusi platform X, Malay Digest, Papagomo dikatakan yakin bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berada dalam ketakutan akibat kehilangan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Beliau mendedahkan sebelum ini pernah meramal kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan 1.0 pada tahun 2020 dan sekali lagi meramal jajaran baharu politik UMNO-PKR-DAP pada 2021.

“Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Baharu akan menjadi ‘turning point’ kepada kesedaran dan penyatuan orang-orang Melayu ke arah perubahan sikit masa lagi” lapor Malay Digest.

Terus menggunakan gelaran ‘Sir Azri’, Papagomo berkata demikian ketika berucap di Malam Solidariti Rakyat di Batang Kali malam tadi.

Rata-rata mencemuh kemunculan Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris di pentas ceramah PN yang baru-baru ini ditahan polis kerana disyaki mengeluarkan kenyataan mengaibkan Yang di-Pertuan Agong.

“Tang mana dapat gelaran Sir ni? Kalau akal serupa bangkai khinzir, cakap merapu bagai orang tak siuman, menternak dosalah…,” tulis @queequeg510 pula.

“Yang mengadap dia bercakap tu tak tahu ke dia bekas polis kena buang sebab rasuah? Korang yang belajar tinggi-tinggi sanggup dengar gebang orang belajar pun tak pandai?” kata @Marcescens21.

“Dulu join PDRM trafik, lepas tu kantoi rasuah pau orang susah. Kemudian cuba berniaga baju kat uptown. Sekarang tiba jadi hero orang Melayu lawan Anwar,” ujar @LofiRamli pula.

BACA JUGA Pas anggap terlalu awal bincang pertukaran MB Perlis