Ini sebabnya jangan layan mesej WhatsApp Mahiaddin selepas…

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak melayan mesej dipercayai scammer dari akaun WhatsApp Tan Sri Mahiaddin Yassin selepas jam 12 tengah hari tadi.

Pejabat bekas Perdana Menteri kelapan itu dalam satu kenyataan memaklumkan, akaun aplikasi WhatsApp Mahiaddin telah digodam.

Susulan itu, laporan polis akan dibuat berkaitan insiden itu.

“Akaun WhatsApp Tan Sri Muhyiddin Yassin digodam dari jam 12 tengah hari tadi.

“Mohon kepada mereka yang menerima mesej selepas waktu berkenaan untuk tidak melayan dan mengendahkan mesej dipercayai scammer.

“Satu laporan polis akan dibuat dan pihak Tan Sri sedang berusaha untuk mengaktifkan semula akaun WhatsApp beliau,” katanya di Facebook rasmi Muhyiddin, hari ini.

Mahiaddin bagaimanapun tidak memperincikan bentuk godaman yang berlaku.

BACA JUGA Cetusan idea baharu? PM Anwar pesan sesuatu kepada menteri dan ketua jabatan