“Jadi Elsa pun penat tau…”, Warganet terhibur tonton gelagat lelaki ini jadi Elsa

”Kau bayar yang belakang tu lebih sikit ehhh, kesian dia kejar kau mcm karate kid dah,” itu antara komen pengguna TikTok, Ain Najwa terhadap satu video.

Wanita berkenaan meninggalkan komen tersebut selepas melihat satu video lucu di platform media sosial yang menyaksikan seorang budak lelaki ‘bertungkus-lumus’ melakukan sesuatu demi menolong kawannya yang sedang menjiwai watak Elsa Frozen.

Budak lelaki itu dilihat menyembur seakan ‘bedak’ bagi mewujudkan efek asap di belakang badan Elsa, tidak ubah seperti kita tengok kartun Elsa.

Tetapi ‘Elsa jadian’ itu dilihat turut membantu rakannya itu untuk sama-sama mengeluarkan ‘asap frozen’ selepas nampak keletihan dalam persembahan tersebut.

Apa yang menggelikan hati warga maya adalah tindakan rakannya itu.

”Orang belakang smpai penat HAHAHAHAAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAH!

Elsa ❌
Elsesat ✅

”Tukang picit bedak tu lagi penat hahahaha,” demikian komen warga maya selepas melihat video itu.

Malah, Zaimm seorang lagi pengguna media sosial itu pula mengusik dengan menyifatkan efek asap tidak sama dengan pergerakan Elsa.

Ice delay teruk,” katanya.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok zuhairymus sebelum mula tular sehingga mendapat lebih 288,000 tanda suka dan 46,000 perkongsian.

BACA JUGA Individu ‘berani mati’ kaitkan dua parti kerajaan terlibat insiden pemain bola sepak