‘Kuih raya ni Anwar belanja tau’, rupanya setiap bulan boleh ambil barang

Seorang pengguna laman X berkongsi cerita mengenai seorang asnaf yang memberitahu kuih raya yang disediakan adalah ‘belanja’ daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar.

Rupa-rupanya kenalan individu berkenaan merupakan salah seorang daripada kira-kira 700,000 penerima program Sumbangan Asas Rahmah (SARA):

Nak cerita sikit pasal SARA ni.

Masa raya aritu sempat beraya di rumah seorang kenalan ni. Beliau memang antara asnaf di kampung saya.

Beliau buat kerja kampung, pagi ambil upah menoreh kebun getah orang, dari pukul 3am dah keluar rumah.

Tengah hari tolong packing order untuk seorang usahawan tempoyak dan petang dia ambil upah mesin rumput di kawasan rumah orang kampung.

Kita ni kalau datang beraya rumah orang yang kita tahu asnaf ni sebenarnya nak ziarah je, makan tu perkara yang ke lapan. Tapi tuan rumah beria suruh kita makan.

Saya pun bertanyalah mengenai persiapan raya yang dia buat. Beliau bersyukur sebab tahun ini dapat sediakan pakaian baru untuk anak-anaknya.

Persiapan pun biasa je cuma tahun ni dia kata dapat rezeki lebih untuk jamu orang yang datang.

Dia bangga sebab tahun ni semua kuih raya yang di rumahnya semua dibuat sendiri, siap beritahu saya, “bro, kuih ni Anwar Ibrahim belanja tau”.

Walaupun dah sedikit pelik tapi kita rileks je lah, dalam kepala agaknya dia dapat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) agaknya.

Nak panjangkan perbualan, saya mulalah kata, “Alhamdulillah juga STR masuk sebelum raya, kan? Dapat siapkan persiapan raya.”

Terus dia kata “setiap bulan pun macam raya bro, bawa je IC pergi TF Mart”

Makin pelik tapi kita berlagak macam tahulah. Selepas itu, saya tak boleh tahan dah terus tanya, “IC je bawa? Duit tak bawa ke?”

Rupanya, dia beritahu dia penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Jadinya, setiap bulan boleh ambil barang dengan had RM100 sebulan.

Patutlah member kata Anwar Ibrahim belanja. Rupanya dia beli barang kelengkapan buat biskut raya pakai duit bantuan SARA.

Bayangkan sekecil-kecil bantuan sebegini diterima oleh orang yang selayaknya.

Dia punya gembira tu hanya Allah yang tahu. Terima kasih kerajaan Madani kerana sentiasa nak bantu rakyat yang paling bawah.

BACA JUGA Tengku Amir Shah ziarah ‘Mickey’