Orang Kelantan di empat daerah ini perlu bertahan lagi, gelombang haba berterusan hingga Jumaat
Gelombang haba mencecah 40 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut sehingga Jumaat ini dijangka akan melanda empat daerah di Kelantan iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Gua Musang dan Kuala Krai.
MetMalaysia dalam kenyataannya memberitahu, cuaca panas di negeri itu yang berada di tahap berjaga-jaga pula dijangka melibatkan Jeli, Kota Bharu dan Pasir Putih.
“Selain itu, amaran suhu panas mencecah 37 darjah Celsius juga dijangka di Pantai Timur Semenanjung iaitu di Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu) dan Pahang (Temerloh, Raub dan Rompin).
“Cuaca panas yang sama turut melibatkan bahagian pantai Barat di Perak (Hulu Perak dan daerah Utara Kedah (Baling),” ujar kenyataan itu.
Bagaimanapun, keadaan cuaca cerah dan baik hampir kesemua negeri Semenanjung sehingga tengah hari tadi.
Sementara itu, hujan lebat dan ribut petir dijangka melibatkan di beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Utara Johor dan Pedalaman negeri Pahang dan Terengganu pada petang ini.
“Cuaca buruk sama juga berlaku di bahagian Selatan dan Tengah negeri Sarawak dan Sabah di pantai Barat Pedalaman Sandakan dan Tawau pada sebelah petang ini,” katanya
BACA JUGA Nak mudah faham pentingnya subsidi bersasar, ingat contoh motosikal vs kereta enjin besar