Pantun Ahmad Maslan dan Steven warnai kempen KKB

Gelagat dua ahli politik tanah air iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong berbalas pantun di laman sosial TikTok mendapat perhatian ramai.

Menerusi hantaran video berdurasi satu minit 21 saat di TikTok Steven, mereka berdua dilihat saling membalas pantun.

Pantun empat kerat itu dimulakan oleh Ahmad yang sedang berkempen bersama jentera Perpaduan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Langkah seribu kalau disergah,
Tanda berani cumalah angan,
Ke Kuala Kubu kerap menyinggah,
Apakah Steven tambah cawangan?

Steven yang juga Menteri Sumber Manusia kemudiannya membalas pantun yang dijual Timbalan Menteri Kerja Raya itu.

Anak bermain mencari gamat,
Di dalam air kaki terpijak,
Membantu kempen itu matlamat,
Menangkan calon cantik dan bijak.

Bukan itu sahaja, malah Ahmad turut menyambung lagi untuk berpantun, dan kali ini ia berkisahkan tentang menarik pengundi untuk memilih PERPADUAN.

Tepuk amai-amai,
Durian dalam baldi,
Mari ramai-ramai,
PERPADUAN kita undi.

Tidak lama kemudian, Steven yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam dilihat bersemuka dengan meneruskan jual beli pantun.

Buang sagu rosak sebongkah,
Mana yang elok disimpan tuan,
Buang ragu saat nak pangkah,
Jalan teruih undi PERPADUAN
.

Disebabkan aksi akrab mereka yang suka berpantun, seorang warga maya menyifatkan terdapat vibe positif pada kerajaan hari ini.

”Macam best jeeee, ada vibe positiffffff Kerajaan Perpaduan ni,” kata AlFateh Sawpi.

Tidak kurang pula, ada yang kata lama sudah tak dengar pantun daripada mereka berdua.

”Lama tak dengar pantun daripada YB kesayangan rakyat Perpaduan.

”TQ jentera-jentera parti berganding bahu promot calon PERPADUAN.

”Terbaik…. YB2 perpaduan negara maju rakyat sejahtera,” demikian komentar ditinggalkan warga maya.

BACA JUGA ‘Kuih raya ni Anwar belanja tau’, rupanya setiap bulan boleh ambil barang