Sewa rumah cecah RM4,000 sebulan, tengah minta simpati pun sempat sebut ‘Type C’
Seorang tentera siber anti Perdana Menteri yang dilihat sedang meraih simpati memberitahu sewa rumah didudukinya mencecah RM4,000 sebulan.
Mohamad Salim Iskandar yang sebelum ini obses dengan ‘planta’ dalam usahanya memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dia dalam proses untuk berpindah rumah.
Namun dalam masa sama, sempat juga dia menyebut tentang pemilik rumah sewa yang sudah lama didiaminya merupakan ‘Type C’.
“Tuan rumah walau Type C tapi ada belas ihsan cuma nak pindah ni makan belanja.Sebab itu, saya minta sumbangan,” katanya dalam kumpulan WhatsApp Cili Kasi Taruk Chat.
Menerusi tangkap layar yang tersebar di media sosial itu, Salim mendakwa dia tidak pernah meminta sumbangan sebelum ini.
“Kali ini saya terpaksa cari namun sekiranya ada yang menyumbang dan rasa tertipu, saya boleh pulangkan semula,” ujarnya.
Dalam masa sama, Salim yang pernah membuat “pendedahan eksklusif” melalui seorang “hamba Allah” tentang apa yang konon berlaku di Penjara Sungai Buloh itu memohon maaf kerana menyusahkan orang lain.
Tahun lalu, Salim disiasat di bawah tiga peruntukan melibatkan Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu jenayah fitnah, Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Dia juga pernah memfitnah kononnya bil TNB daripada kenalannya “makin melampau berkat dari kerajaan MADANI”.
Walau bagaimanapun, cubaan cerita palsu oleh Salim aka ParpuKari itu ‘kantoi’ hinggakan pihak TNB meninggalkan tanda pagar tidak pasti jangan kongsi.
Semakan TNB pada nombor akaun tertera mendapati bacaan tarif elektrik bagi pengguna itu secara purata adalah RM500 sebulan.
BACA JUGA Selepas pecahkan cermin kereta, lelaki bermotosikal tunjukkan ini kepada Safiq Rahim