Dari DJ Hot FM kini ahli lembaga syarikat berpangkalan di India

Khairy Jamaluddin yang bergelar penyampai radio Hot FM sejak tahun lalu dinamakan sebagai ahli lembaga pengarah Fischer Medical Ventures Ltd yang beribu pejabat di India.

Pelantikan bekas Menteri Kesihatan itu sebagai pengarah tambahan atas kapasiti pengarah bebas untuk tempoh lima tahun bermula 4 Mei 2024.

Syarikat tersebut yang sebelum ini dikenali sebagai Fischer Chemic Ltd, mengumumkan pelantikan beliau dalam makluman pasaran saham baru-baru ini.

Memetik Bernama, Fischer Medical Ventures terlibat terutamanya dalam perdagangan bahan kimia dan jentera makmal.

Khairy atau mesra dipanggil KJ memulakan tugasnya secara rasmi sebagai penyampai radio Hot FM bermula 15 Februari tahun lalu.

Keputusan KJ menyertai radio Media Prima Audio (MPA) itu sekaligus mencipta rekod sebagai ahli politik pertama terjun bekerja di konti radio.

Bekas Menteri Kesihatan antara 2021 dan 2022 serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dari 2020 hingga 2021 itu juga sudah setahun mengendalikan platform audio siar atau podcast Keluar Sekejap (KS).

BACA JUGA Dakwaan calon PN ikuti akaun pelakon porno: Apa kata Muhyiddin?

Â