Penyokong PH kena terbalikkan baju masuk masjid di KKB, siapa ‘orang masjid’ ni ye?

Sekumpulan penyokong Pakatan Harapan (PH) diarah supaya menterbalikkan baju merah yang dipakai semasa memasuki Masjid Bandar Utama Batang Kali di Kuala Kubu Bharu.

Pemerhati politik, Najib Bakar berkata, beliau dan rakannya saksi kejadian sewaktu solat Maghrib malam ini.

Walau bagaimanapun, arahan itu dilihat tidak terpakai kepada individu lain yang memakai baju dan kopiah jelas tertera lambang Pas dan Perikatan Nasional (PN).

“Ramailah yang tak puas hati. Yang pakai baju Malaysia Madani pun kena terbalikkan. Bukan ada kaitan parti pun.

“Ada yang pakai kopiah Pas elok ja. Pakai baju PN pun ok ja,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Najib turut berkongsikan beberapa gambar sebagai bukti menggambarkan ‘peraturan’ yang berat sebelah itu.

Beliau kemudiannya difahamkan jawatankuasa pentadbiran masjid tersebut dikuasai oleh penyokong sebuah parti pembangkang.

“Sembang-sembang dengan orang tempatan, masjid ni dikuasai walaun.

“Jenuh puak ni. Nak solat pun kecoh. Puak sendiri ok pulak.

“Kalau perintah negara, bagaimanalah perangai depa dok tekan orang,” kata Najib lagi.

Najib juga memaklumkan bahawa kumpulan yang memakai baju merah terbabit kemudian menterbalikkan pakaian mereka selepas diarah berbuat demikian.

Namun, jelasnya, mereka yang berbaju terpampang tulisan PN dilihat boleh pula terus memakainya untuk solat Maghrib di masjid itu.

“Dalam masjid tu, yang sertai Maghrib sekali ada Wan Fayhsal, Noh Omar, depa pun pakai baju kemeja perikatan nasional,” kata Najib lagi.

BACA JUGA Dakwaan calon PN ikuti akaun pelakon porno: Apa kata Muhyiddin?