PRK KKB rupanya tugasan terakhir Abdul Ghani Salleh

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang berlangsung esok adalah tugasan terakhir Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Rupanya, bermula semalam Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu bersara wajib selepas empat tahun berkhidmat.

Menerusi kenyataan, SPR berkata, Abdul Ghani menjawat jawatan berkenaan selama empat tahun iaitu bermula Ogos 2020.

Abdul Ghani Salleh

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memaklumkan bekas Setiausaha SPR itu akan memegang jawatan sebagai Pengerusi sehingga beliau mencapai usia 66 tahun.

Selain berkhidmat dalam SPR, Abdul Ghani sebelum ini pernah menyandang beberapa jawatan.

Antaranya, Yang di-Pertua Majlis Daerah Kuala Langat, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat dan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Pegawai Daerah Gombak, Selangor.

Menurutnya, sepanjang menduduki jawatan tersebut, pilihan raya ketika penularan Covid-19 adalah pengalaman yang paling diingati.

“Pilihan raya zaman Covid-19 paling seronok dan diingati. Paling saya tidak boleh lupakan kes di Melaka, yang mana Pegawai Pengurus dijangkiti Covid-19.

“Namun, pegawai itu terpaksa memakai pakaian perlindungan diri (PPE) ketika hendak serah borang pencalonan,” kata Abdul Ghani lagi.

BACA JUGA Exco Agama turun ke masjid yang halang pakai baju Malaysia Madani untuk solat