Tiga faktor kemenangan kerajaan, nombor 3 tu ada kaitan dengan PN

Kerajaan Perpaduan berjaya membuktikan sokongan pengundi kepada pemerintah masih lagi kuat selepas memenangi kerusi DUN Kuala Kubu Baharu dengan majoriti yang cukup selesa.

Bagi Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil terdapat tiga faktor yang mendorong kepada kemenangan itu, dengan salah satunya berpunca daripada penolakan rakyat terhadap politik 3R iaitu agama, kaum dan raja.

Faktor pertama adalah keyakinan rakyat terhadap kemampuan kerajaan melaksanakan dasar perubahan untuk menyelesaikan masalah rakyat.

“Agenda ekonomi yang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mula menunjukkan hasil dan ini memberi impak kepada kompas pengundian dalam PRK ini,” ujarnya dalam satu ulasan terbarunya.

Faktor kedua adalah komitmen jentera Perpaduan PH-BN yang tinggi dan kerjasama kedua-dua parti yang kukuh. 

Menurutnya, pengukuhan jentera kedua-dua parti itu penting kerana ia melambangkan persefahaman di peringkat akar umbi yang menjadi kekuatan kerjasama koalisi politik baharu negara. 

Manakala bagi faktor ketiga pula, kemenangan kepada blok pemerintah disebabkan pengundi terutama Melayu menolak politik 3R dimainkan Perikatan Nasional.

“Melayu terutama ahli dan penyokong Umno telah kembali menyokong Umno yang mengukuhkan kerjasama PH-BN. 

“Orang Melayu mula sedar pentingnya agenda pembangunan berbanding politik ghuluw dan sempit yang merugikan,” ujarnya.

Selain itu Faiz berpandangan lemenangan di ketiga-tiga PDM yang difokuskan AMANAH iaitu Kuala Kubu Baru, Air Jernih dan Kerling menunjukkan jentera parti itu semakin matang dan bersemangat untuk terus berjuang memastikan kemenangan Perpaduan dalam pilihanraya umum ke-16. 

Beliau menyifatkan majoriti 3,869 undi diperoleh Pang Sock Tao adalah kemenangan sangat signifikan kepada Kerajaan Perpaduan.

BACA JUGA Akhirnya anggota beruniform kembali menyokong kerajaan buat pertama kali