“Uncle tanggung semua…”, Steven janji buat ini untuk anak mangsa pokok tumbang

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong hari ini melawat keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 7 Mei lalu.

Steven dalam perkongsiannya di X berkata, arwah yang berusia 47 tahun sempat meninggalkan pesanan terakhir kepada anak sulungnya, Lelfa, 19 yang berjanji untuk membawa dua anaknya mengambil lesen memandu.

Atas sebab itu, Steven berkata, beliau akan menunaikan janji bagi pihak arwah dan menanggung dua anak mangsa untuk mengambil lesen.

“Ielfa beritahu saya, sebelum ini, ayahnya kata nak hantar dia ambil lesen memandu kereta ketika cuti sekolah akan datang. Bila dah boleh memandu, bolehlah dia bantu ibunya 

“Sekarang ayahnya sudah tiada, Steven bantu tunai janji arwah ayah untuk biaya segala kos Ielfa amik lesen memandu. 

“Adiknya, Irfan, 16 tahun pun akan amik lesen motosikal hujung tahun. Saya tanggung sekali. Kos kesemuanya dalam lingkungan RM2,000,” katanya di X.

Menurutnya isteri mangsa yang dikenali sebagai Puan Ida layak menerima faedah Orang Tanggungan sebanyak lebih kurang RM3,400 setiap bulan sehingga hujung hayatnya.

Mangsa yang maut selepas kereta yang dipandunya dihempap pokok tumbang.

Sebelum ini, Steven bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Zaliha Mustafa dan Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof menziarahi ahli keluarga Allahyarham Md Rizal Atan, pemandu pemandu yang terkorban dalam tragedi pokok tumbang di Kuala Lumpur itu.

Dalam ziarah prihatin itu juga, Steven Sim menyampaikan sumbangan wakallah dan kotak prihatin PERKESO kepada waris keluarga dalam program Ziarah Prihatin ke kediaman waris di Shah Alam, Selangor.

Sebagai pencarum PERKESO, waris keluarganya layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000 secara sekali bayar dan Faedah Orang Tanggungan (FOT) yang dianggarkan berjumlah RM3,400 oleh PERKESO selepas mangsa layak menerima faedah menerusi Skim Bencana Pekerjaan bawah Akta 4. 

BACA JUGA Waris dakwa orang masjid caj RM1,000 upah solat jenazah