Bagaimana undi polis, tentera kembali sokong Perpaduan?

Sejak keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Baharu, undi awal membabitkan tentera dan polis menjadi perbincangan meluas banyak pihak.

Antara faktor yang menyumbang kepada perkalihan besar ini adalah kerja keras Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Saifuddin sejak bergelar menteri, tidak pernah mengabaikan kebajikan anggota beruniform termasuk sentiasa menaiktaraf beberapa kemudahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti pos PGA dan kuarters kediaman.

Contohnya ketika dalam sesi podcast Keluar Sekejap bersama Khairy pada pertengahan Mac lalu, Saifuddin berkata dia menggunakan RM200 juta untuk meluaskan lagi kuarters kediaman yang dahulunya sekitar 600 kaki persegi, kini jadi 1200 kaki persegi.

“Anggota tak boleh duduk dalam rumah yang 600-700 kaki persegi. Bila kita tengok rumah anggota macam itu, apa yang kita buat? 

“Kita pecahkan dinding tengah supaya dia jadi 1,200 kaki persegi. Dan semua itu kita siapkan. Selain itu kita cat baharu, wiring yang dibaik pulih, kabinet dapur serta bilik air,” katanya.

Podcast menampilkan Saifuddin itu tular semula di TikTok dengan ramai percaya kejayaan kerajaan menarik undi polis dan tentera disebabkan menteri yang menjalankan tugas.

Menurut pengguna TikTok Ikhwan Razak, anggota polis sendiri mengakui bahawa undi mereka kali ini disebabkan adanya menteri yang tahu buat kerja.

“Undi polis, tentera ni tuan-tuan boleh kalih sekelip mata. Yang mana dulu depa (PN) dapat 530 undi, kali ini kita dapat 592 undi. 

“Ini kerja gila lah. Anggota polis ini depa cakap, Datuk Seri Saifuddin ini seorang yang gila-gila buat kerja. Apa yang dia buat hari ini betul-betul dia buat untuk Kerajaan Perpaduan.

“Dia membela nasib anggota polis. Dia buat kerja untuk kami. Kuarters polis dia buat bagi elok. Depa sembang dengan saya lah, memang rela hati mengundi Kerajaan Perpaduan disebabkan kerja Saifuddin.

“Memang dia buat kerja. Sebab tu hari ini anggota keselematan undi habis dekat kerajaan sebab dapat menteri KDN yang buat kerja,” katanya

BACA JUGA 10 fakta menarik keputusan PRK KKB, nombor 7 ada ‘plot twist’ sikitÂ