‘Guru tertentu saja boleh muat turun keputusan SPM’, menteri dinasihat jangan jadi mangsa ‘deep state’
Rata-rata guru dilihat meluahkan rasa kecewa dengan pendirian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berhubung keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang kekal diumumkan pada 27 Mei depan.
Luahan rasa terkilan guru terbabit membanjiri ruangan komentar di pelbagai platform media sosial termasuk Facebook rasmi Fadhlina.
Malah, penyokong Kerajaan Perpaduan juga berharap Menteri berkenaan perlu bersikap peduli dengan suara golongan pendidik terutamanya guru SPM.
“Menteri jangan touch and go saja isu ni. Kalau tak nanti jadi mangsa deep state. Kena cakna juga.
“Yang jadi staf menteri pun jangan buta-buta ikut angguk saja cadangan yang di atas tu.
“Tak rugi turun padang dengar maklum balas mereka di lapangan,” nasihat pengguna laman X, @StratcommPMX.
Rasa tidak puas hati kalangan guru itu bukan hanya kerana sudah merancang untuk bercuti pada tarikh berkenaan.
Sebaliknya, ada pendidik memberitahu bahawa bukan semua guru mempunyai akses untuk mendapatkan keputusan SPM
“Guru tertentu yang ada kata laluan SPPAT (Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian) sahaja yang boleh muat turun keputusan dari sistem pada 27/5/2024.
“Memang tiada simpati langsung,” keluh Faridah Said.
Ramai guru juga mengingatkan bahawa hari keluarnya keputusan SPM merupakan detik bersejarah yang dinanti-nantikan oleh pelajar dan guru sekaligus peluang untuk mereka kembali bertemu.
Antaranya guru SPM, Noorazmila Othman yang berpendapat suasana pada hari keputusan SPM sangat berlainan berbanding sambutan yang akan diadakan pada hari-hari lain.
“Kemeriahan di hari tersebut sukar digambarkan. Hanya yang mengalami sahaja yang tahu.
“Adik-adik yang bakal menduduki SPM selalunya akan menyaksikan kemeriahan suka duka di hari tersebut.
“Sekurang-kurangnya mereka akan termotivasi dengan kemeriahan ini. Saya memang terkilan dan sedih YB tidak memahami situasi ini.
“Bukan semata-mata kerana cuti kerana kami cikgu SPM pun masih mengajar kelas tambahan walaupun semasa cuti sekolah,” kata Noorazmila lagi.
BACA JUGA 10 fakta menarik keputusan PRK KKB, nombor 7 ada ‘plot twist’ sikitÂ
Â