Pahang umum lima Adun lantikan baru

Persidangan DUN Pahang hari ini meluluskan usul untuk melantik lima Adun lantikan dengan empat daripadanya adalah ahli politik dari UMNO, MCA, PKR dan AMANAH.

Mereka ialah Ketua MCA Temerloh, Datuk Wong Tat Chee; Ketua UMNO Jerantut, Haris Salleh Hamzah; Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly dan Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Rizal Jamin.

Seorang lagi adalah pengasas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qadri.

Terdahulu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengusulkan nama lima Adun lantikan tersebut dan disokong oleh Datuk Seri Mohd Johari Hussain (BN-Tioman), Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif (BN- Inderapura), Mohd Shahrim Md Zain (BN-Chini), Datuk Abd Aziz Kiram (BN-Batu Talam), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (PH-Tras), Su Keong Siong (PH-Ketari) dan Ho Chi Yang (PH-Tanah Rata).

Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, kelima-lima ADUN lantikan yang dilantik dijangka akan mengangkat sumpah pada Sidang DUN akan datang yang dijadualkan Ogos depan.

Menurutnya, Adun yang dilantik tanpa pilihan raya itu berfungsi sama seperti Adun biasa termasuk boleh mengambil bahagian dalam perbahasan dan berhak mengundi.

BACA JUGA Ramai tak tahu PM dah tebus tanah ‘airport’ Sungai Besi, jadikan rizab orang Melayu

Â