Anwar arah 100 pokok baharu ditanam bagi setiap pohon yang ditebang

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan 100 pokok baharu ditanam semula bagi menggantikan pokok lama yang ditebang di Kuala Lumpur.

Arahan itu hadir selepas berlaku beberapa kejadian pokok tumbang di sekitar ibu negara sehingga ada yang terkorban.

Anwar mengeluarkan arahan tersebut menerusi hantaran di platform X.

“Saya telah memberi arahan kepada Datuk Bandar iaitu bagi setiap pohon yang terpaksa dipotong, 100 pokok baharu wajib ditanam semula,” katanya 

Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa mengarahkan agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menebang pokok-pokok yang berisiko tinggi.

Pada masa sama, DBKL juga diarahkan menambah baik Pelan Pengurusan Pokok Rendang dan menyediakan garis panduan baharu berkaitan pokok berusia atau berisiko tinggi.

BACA JUGA Penjawat awam ditahan salah guna jawatan, luluskan RM12,000 untuk kegunaan diri