Harimau belang jantan seberat 130kg mati dirempuh dekat LPT

Seekor harimau belang jantan dewasa dilaporkan mati selepas dirempuh sebuah kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Orang ramai yang melalui jalan tersebut sempat memuat naik rakaman penemuan bangkai harimau itu di media sosial.

Susulan itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Yasin mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 1.23 pagi.

“Harimau jantan itu dianggarkan seberat 130 kilogram dan berusia empat tahun berdasarkan saiz tubuh haiwan berkenaan.

“Berdasarkan jangkaan awal, haiwan itu (dipercayai) dari Hutan Simpan Bukit Tinggi,” katanya memetik Sinar Harian

Beliau memberitahu bangkai harimau belang itu sudah diambil oleh pihaknya awal pagi Khamis bagi tindakan selanjutnya.

BACA JUGA Puas hati tengok Akmal Saleh bantai ‘ustaz’ JAIM