Ekonomi era Kerajaan Madani berkembang 4.2 peratus pada suku pertama

Rekod itu sekaligus mengatasi unjuran awal pasaran 3.9 peratus, disokong perbelanjaan swasta yang lebih kukuh dan pertumbuhan eksport yang positif.

Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 3.9 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac 2024 yang diunjurkan ahli ekonomi sepadan dengan unjuran awal dibuat Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, berkata perbelanjaan isi rumah lebih tinggi pada suku pertama itu berikutan pertumbuhan guna tenaga dan upah yang berterusan.

Abdul Rasheed ketika ditemui PM Anwar di pejabat beliau pada Jun 2023.

Menurutnya, aktiviti pelaburan lebih giat disokong oleh perbelanjaan modal sektor swasta dan sektor awam yang lebih tinggi.

Shaik Abdul Rasheed berkata, eksport kembali pulih berikutan permintaan luaran yang lebih tinggi.

“Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang lebih pantas sebanyak 4.2 peratus pada suku pertama 2024, didorong oleh perbelanjaan swasta dan pemulihan dalam eksport.

“Pertumbuhan pada 2024 akan disokong oleh pengembangan berterusan dalam permintaan dan peningkatan dalam permintaan luar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan prestasi ekonomi negara pada suku pertama 2024 di ibu negara hari ini.

Turut hadir, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Dalam tempoh sama, kebanyakan sektor mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi dengan sektor perkilangan melonjak kesan pemulihan dalam industri elektrik dan elektronik (E&E) serta industri bukan E&E.

Lapor BH, pertumbuhan yang lebih kukuh bagi sektor perkhidmatan didorong oleh aktiviti perdagangan runcit yang lebih tinggi dan sokongan yang berterusan daripada subsektor pengangkutan dan penyimpanan.

BACA JUGA PM Anwar jawab dakwaan 25 peratus baki saham Malaysia Airport akan dimiliki syarikat pro-Zionis

Â